Sunday 17 November 2013

Bissmillahirrahmanirrahiim ...

Assalamualaikum !!!!

Hari ni tak nak cakap panjang2 , 
sekadar nak buat perkongsian ringkas dengan pembaca2 semua ...

Ana mahu 
pembaca2 semua
 mentafsir sendiri gambar3 [sebab ada 3gambar... hihihi ] 
kat bawah ni yee ;)



 

Saturday 7 September 2013

Dakwah Dengan Kelembutan

Assalamualaikum w.b.t

"Serulah ke jalan tuhanmu dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik,
 dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan) dengan cara yang baik."
- QS. An-Nahl : 125 -

Apabila dakwah hanya mengutamakan emosi dan kekerasan seperti menengking serta memaksa,



 ia diumpamakan seperti menghadiahkan sebuah berlian yang sangat indah dengan cara melemparkan dengan kasar dan menyakitkan kepada si pendengar sehinggakan orang yang dihadiahkan itu tidak tahu bahawa berlian itu adalah hadiah kerana dia hanya merasakan batu keras yang menyakitkan.

Mungkin sebahagian daripada kita akan berkata :

"Tapi kalau tidak dengan kekerasan, orang yang ditegur itu tidak akan dengar."

Baiklah, mari kita sama -sama kita renungkan ayat dibawah :

"Maka dengan sebab rahmat dari Allah, engkau bersikap lemah - lembut kepada mereka, 
dan sekiranya engkau bersikap kasar lagi berkeras hati
tentu mereka akan menjauhkan diri"
- QS. Ali Imran : 156 -

Air setitik pun boleh menyebabkan lubang di batu malah mungkin boleh memecah batu tersebut jika jatuh berturut - turut. Begitu jugalah dengan dakwah, mengajak kearah kebaikan sedikit demi sedikit dan lama kelamaan si pendengar juga akan merasa kesan dakwah itu.

"Sesungguhnya Allah Maha lembut, mencintai kelembutan, dia memberikan kepada yang lembut apa yang tidak diberikan kepada yang kasar”

Monday 2 September 2013

Buku Nota! Nota!

Bismillahirrahmaanirrahiim.

//tumblr
"Apa yang kita perlukan?"
"Buku Notaa!"

Ini adalah sebahagian dialog yang diambil dalam rancangan Blues Clues yang pernah dimainkan di kaca tv dahulu. Kadang- kadang rasa lucu juga bila ditonton kembali rancangan sebegini kerana setiap episode si Steve (yang berbaju hijau stripe) akan tanya soalan yang sama. "Apa yang kita perlukan?"

Jadi apa relatifnya dengan post kali ini?

Baiklah. Sering kali saya melihat adik-adik ataupun sesiapa sahaja apabila pergi ke majlis-majlis ilmu sering terlupa atau memang tak pernah terniat pun nak bawa buku nota ini sekali ke sana. Ya, sememangnya kita dianugerahi Allah dengan minda yang mampu mengingati banyak perkara tetapi jangan lupa kita ni manusia yang tidak sempurna. Rasanya, buku nota ini kalau ditimbang tak ada lah seberat mana kalau nak dibandingkan dengan ilmu baru yang bakal kita perolehi di majlis ilmu nanti.

Berkata Imam al-Sha'bi : Jangan sesekali kamu mendengar sesuatu ilmu melainkan engkau mencatatnya kerana suatu hari nanti engkau pasti memerlukannya."

Seseorang pelajar yang cinta akan ilmu tidak akan memilih siapa yang mesti ditulis. Daripada sesiapa pun ilmu dan hikmah itu datang , ia akan menulisnya untuk dimanfaatkan pada suatu hari nanti.

Al Khalil bin Ahmad berkongsi petua amalannya ini : Semua yang aku dengar aku catat. Semua yang aku catat aku hafal, dan semua yang aku hafal bermanfaat untuk hidupku"
// sumber Gen Q ; Isu 18 [ILMU ITU PERLU]

See?

"Alaaaaaa... Saya tak pandai lah nak tulis nota ni."

Ayoyoyo. Tulis nota ni bukannya macam format nak jawab soalan PMR ke, SPM ke. Ianya bergantung dengan kreativiti masing-masing.
Tetapi kebiasaannya fitrah manusia ini, mereka sukakan yang cantik di pandangan mata mereka. So, why not kalau kita sediakan buku nota KHAS untuk ilmu agama?
Barulah ada semangat/ feeling sikit nak menulis kan?

Pemilihan buku nota.

Buku nota ini sebenarnya bergantung atas kemampuan individu tersebut. Ianya boleh dibeli yang baru ataupun reuse buku-buku tulis yang lama ataupun make it by yourself. Hehe

Isi Kandungannya.

Ini lah bahagian yang paling saya ingin tekankan. Content buku nota tersebut. Tak guna kalau cover cantik tapi isi di dalamnya dihiasi dengan debu-debu lama.

Pertama: Tujuan kita menulis nota tersebut?

Okay! Setiap sesuatu yang kita lakukan mestilah mempunyai niat yang tertentu. So, set dalam diri..

1- Aku tulis nota nih untuk senang dirujuk kembali nanti.
2- Aku tulis nota ni sebab nak share dekat kawan-kawan yang tak berkesempatan datang majlis ini.
3- Aku tulis nota ni......

Faham?

Kedua : Tulis apa yang kamu rasa penting.

=_=)/ NOTE! APA YANG PENTING!

For example :






2:



Last part : Konklusi dan Muhasabah Diri,

Setiap kali habis majlis tersebut, cepat- cepat tulis konklusi dari kita sendiri.. "Apa yang telah kita perolehi sepanjang majlis ni?" , "Apa goals kita selepas ni?".. 

Example:



.. macam ni pun boleh as long as adik-adik faham nota yang adik-adik buat dan rasa seronok bila dirujuk kembali nanti.



*LINTASAN FIKIRAN*
Kadangkala ilmu juga datang ketika kita bersendirian. Ilmu ini seperti bentuk ilham, idea dan lintasan pemikiran yang Allah campakkan ke dalam hati yang selalu bertafaku dan muhasaba diri. [Subahanallah] \Segera catatkan idea-idea ini.  sering kali lintasan membawa perubahan besar bagi kita dan masyarakat di sekeliling kita.

Archimides menemukan teori fizik untuk mengukur berat sewaktu beliau berada dalam tab mandi, lalu menjerit "Eureka!"

Isaac Newton pula menemukan teori graviti ketika sedang duduk di bawah pokok epal.

Banyak lagi cerita lain seperti ini. Lintasan idea seperti ini dalam istilah para ulama disebut khawatir (jamak bagi khaitir). Mereka selalu menjaga lintasan idea ini dan mencatatnya, bahkan mengumpulkannya dalam sebuah buku khas. Salah satunya buku bertajuk  Sa'id al-Khaitir karangan al-Hafiz Ibn al-Jazwi. Buku ini sangat bagus dan mengandungi idea-idea menarik dalam pembinaan akhlak dan adab seorang muslim.


// // sumber Gen Q ; Isu 18 [ILMU ITU PERLU]



Konklusinya, catatlah ilmu di mana pun kamu berada. Sebab bila kita berilmu, Insya Allah ilmu- ilmu inilah yang dapat menjaga kita suatu hari nanti berbeza pula dengan orang yang berharta sebab di akhirnya dia yang akan sibuk menjaga harta-hartanya tersebut.

Semoga, ilmu yang dikongsikan ini dapat memberi manfaat kepada semua. Wallahuaklam.



Saturday 6 July 2013

Positive Thinking!




The following is a translation of this Facebook note: bersangka baik itu kan bagos :)

1. When you meet someone, be sure that he is better than you. Say it in your heart, “Maybe his status with Allah is higher than mine.”


2. When you meet a young boy, say it in your heart, “This child hasn’t done a single sin yet, where as I’ve done a lot. Surely this boy is better than me.”


3. When you meet an old man, say it in your heart, “He has worshipped Allah longer than I have, surely he is better than me.”


4. When you meet someone knowledgeable, say it in your heart, “This person possesses a blessing that is lacking in me, obtained a status that I couldn’t achieve, knows what I don’t know, and he acts upon his knowledge. Surely he is better than me.”


5. When you meet someone ignorant, say it in your heart, “He does Allah wrong out of his ignorance, while I do Him wrong when I’ve already known better not to do so. And I do not know how I will be at the end of my life and at the end of his.”


6. When you meet a kafir, say it in your heart, “I do not know of his fate in the future. Maybe in the end of his life he will become a Muslim and practice the Deen well. And maybe it’s possible that in the end of my life I will become a kafir and commit wrongdoings.”


There is no harm in thinking good of others as oppose to having ill thoughts about them that can cause you to sin. Things that are not clear do not need to be thought of as evil and negative because that might just be the shaytaan talking in your head.


Allah knows best.


Copy from ; Usrah Canada

Posted by Aiman Azlan (Toronto)
Photo by tumblr.

Rehlah bersama Adik-adik Usrah. (2013)

Bismillahirrahmaanirrahiim.





Alhamdulilah,

Pada dua minggu yang lepas, kami ahli-ahli badar telah berjaya menjayakan program rehlah bersama-sama adik-adik usrah kami di Pantai Air Tawar. Tak lupa juga kami ucapkan ribuan terima kasih kepada guru-guru yang turut memberi sokongan serta tunjuk ajar kepada kami.

Rugi tau siapa yang tak hadir pada hari tersebut. =]

Pelbagai aktiviti yang telah diadakan sepanjang program tersebut. Yang paling BEST sekali adalah sewaktu "Treasure Hunt" di mana setiap kumpulan diberikan amanah untuk menjaga sekeping biskut sambil menyelesaikan permainan-permainan yang menguji fizikal dan minda pelajar.



Oh, sebelum tu kami kena lakukan ''ice breaking'' dahulu. Aktiviti ini pun THE BEST juga! Setiap adik-adik usrah akan diberi sekeping kertas yang ditulis jenis-jenis haiwan dan dikehendaki mencari pasangan mereka dalam keadaan mata tertutup dan....
mengeluarkan bunyi haiwan tersebut. Naqib dan naqibah pun turut join sekali dalam aktiviti ini. Sweet kan?


Kemudian, kami belajar untuk mengambil wuduk sewaktu darurat dengan hanya menggunakan sebotol air mineral kecil. Betul ni!
Dan semua pelajar dikehendaki melakukannya dengan bimbingan Cikgu Asiah kami yang comel :)
Sewaktu itu kan, sebahagian pelajar sudah mula risau. Risau kalau air sebotol itu tidak cukup untuk membasuh anggota wuduk mereka.

Tetapi, Alhamdulilah.. semua pelajar berpeluang melakukannya. Dan tiada seorang pun yang mengalami kekurangan air untuk mengambil wuduk. Malahan, dengan sebotol air mineral itu boleh dikongsi dua orang untuk mengambil wuduk.
 Eh, macam mana tu?

Rahsianya, kami hanya perlu membasuh anggota yang wajib sahaja! Dengan satu kali basuh dan cara yang tertib. Itu lah untungnya mereka yang hadir rehlah ini. Kan?


Selepas itu, kami menunaikan solat Duha secara berjemaah di kawasan pantai tersebut. Dengan angin pantai yang boleh dikatakan ''sepoi-sepoi bahasa'' sewaktu itu amat mendamaikan jiwa hamba-hambaNya. Doa yang dibaca oleh salah seorang naqib turut membuat jiwa ini tersentuh bagi mereka yang menghayatinya.

...





Program Rehlah kami ini juga turut dikunjungi oleh Cikgu Ridhwan (HEM) kami yang amat sporting!
Beliau turut memberi sedikit tazkirah kepada kami mengenai beberapa pekara. Jika berkesempatan, insyaAllah saya akan masukkan nota tersebut pada hari yang lain. :D Pstt..lain kali kita cuba jemput pengetua pula ya :3








Kesimpulannya, perjalanan program rehlah pada tahun ini berjalan dengan baik sekali. Terima kasih sekali lagi kepada mereka yang banyak memberi bantuan dalam menjayakan program ini :) Tidak lupa juga akan kesedapan nasi minyak + ayam merah yang lazat buat kami . :D
Hanya Allah dapat membalas jasa baik kalian semua . Semoga majlis ilmu seperti ini dapat diadakan pada masa akan datang dan mendapat sambutan yang lebih baik lagi.

Sekian sahaja dari saya,



Yay! Ramadhan dah nak tiba..





Tuesday 4 June 2013

Dakwah Itu Jemputan Yang Mendamaikan

Bismillahirrahmaanirrahiim.
Dakwah itu akan selalu jadi jemputan yang mendamaikan. Credit picture : http://simplysamwise.deviantart.com/
Dakwah itu akan selalu jadi jemputan yang mendamaikan.
Credit picture : http://simplysamwise.deviantart.com/
Selalu sahaja orang akan menyangka bahawa dakwah itu adalah kerja orang-orang agama. Kerja orang-orang yang berpakaian jubah dan serban, kerja wanita-wanita yang pakai jubah yang longgar itu dan tudung labuh, tidak kurang yang pakai niqob.
Nope. Sebenarnya tidak.
Tapi apapun, post ini bukanlah berkenaan mereka-mereka itu. Tapi entri ini adalah berkenaan bagaimana bahawanya dakwah itu. Pada pandangan saya, dan pada hakikat apa yang terlihat oleh saya. Dakwah bukanlah sesuatu yang menggerunkan, demi Allah. Tapi dakwah adalah suatu jemputan yang sangat mendamaikan.
Dari jiwa yang resah dan serabut, ke jiwa yang tenang dan damai.
Dakwah itu sendiri adalah seruan, dan bukannya paksaan. Jadi bagaimana seruan itu kita boleh katakan suatu paksaan, kan? Jadi kawan, kalau anda seorang yang alergik dengan perkataan ‘dakwah’ sebelum ini, maka bacalah ini untuk menghurai rasa itu.
Kepada mereka yang mengaku sebagai dai’e, bacalah juga ini.
Dakwah Itu Jemputan Yang Menghangatkan
Alhamdulillah. Di zaman yang semakin maju ini, ramai kelihatan anak remaja sudah giat untuk berdakwah. Masing-masing mempunyai cara sendiri untuk menjemput kawan-kawan baik ke arah kebaikan. Mahu sama-sama mengejar yang hak dan mengenali betapa penyayangnya Tuhan Punya Dunia. Betapa rasa beruntungnya berTuhankan ALLAh!
Sekali hatinya disentuh rasa hidayah, sekali itu rasa keindahannya. Maka rasa itu mahu dikongsi bersama semua. Tidak mahu merasai yang indah itu seorang diri.
Dakwah itu satu jemputan, yang menyejukkan juga menghangatkan hati-hati.
Dan dakwah itu bukanlah jemputan kepada orang lain untuk menunjuk-nunjuk bahawa diri kitalah yang terbaik. Diri kitalah yang sentiasa beramal dengan Islam dan diri kitalah yang megah kerana tahu mengenai ‘term-term’ islamik.
No, no. Sesekali bukan begitu.
Dakwah Bukan Satu Kerakusan Dai’e
“Dan tidaklah sama (kesannya dan hukumnya) perbuatan yang baik dan perbuatan yang jahat. Tolaklah (kejahatan yang ditujukan kepadamu) dengan cara yang lebih baik; apabila engkau berlaku demikian maka orang yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu, dengan serta merta akan menjadi seolah-olah seorang sahabat karib.” – Fussilat : 34
Misalannya begini, kita ada majlis di rumah kita. Lalu kita menjemput semua rakan-rakan kita. Dan kita sedia maklum, dalam ramai-ramai yang kita jemput itu, pasti ada juga yang tidak datang dengan pelbagai sebab. Niat asal mahu mereka bersama-sama dalam majlis kita, mahu meraih mereka yang datang.
Nampak di situ?
Kita tidak boleh memaksa orang dengan amaran siap!
Kita hanya perlu menjemput, dan menjemput. Dan seiring dengan jemputan itu, kita selarikan pula akhlak yang baik yang terbit dari iman yang sihat. Jangan sesekali ada rasa,
“Aku lebih baik dari dirinya.”
Mahu menjemput kepada kedamaian, tidak boleh dengan kekasaran.
Tapi dengan kelembutan.
Perlahan-lahan.
Dengan penuh hikmah kebijaksanaan.
Semoga ALLAh merahmati.


Sunday 2 June 2013

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

//tumblr

Segala puji bagi Allah yang meciptakan kita semua.
Alhamdulilah sekali lagi saya titipkan kerana diberi kekuatan dan ilham dariNya untuk membina sebuah blog.
Tujuan blog ini dibina adalah untuk kegunaan buat adik-adik usrah di TMS untuk diambil manfaatnya. InsyaAllah.

Saya juga berharap para-para naqib dan naqibah turut dapat berkongsikan ilmu mereka di sini buat adik-adik mahupun buat mereka yang lain. Marilah kita bersama-sama menyambung kembali kerja dakwah Rasulullah s.a.w ini denga hati yang ikhlas. InsyaAllah, habuannya kita akan perolehi di akhirat nanti.

Blog ini munking akan lebih kepada bentuk perkongsian. Oleh itu, sekiranya terdapat kecacatan harap dapat memberi teguran dengan penuh berhikmah agar kita dapat mebaikinya bersama.
Dengan harapan marilah bersama-sama kita menjadi hamba Allah yang mencari keredhaanNya.

Semoga Allah merahmati :)